Rabu, 7 Februari 2018

Q CODE

Q CODE :

KOD Q ialah gabungan tiga huruf yang digunakan dalam telegrafi (CW) dan komunikasi radio amatur.
Q kod yang menyeluruh dikhususkan kepada perhu8bungan secara CW(morse kod) kerana menggunakan kod lebih ringkas dan menjimatkan masa.
Berikut disenaraikan Q kod yg diterima pakai untuk kegunaan komunikasi repeater:

QRA = NAMA STESEN@HANDLE OPERATOR/NAMA ANDA
QRK = APAKAH TAHAP KEJELASAN SEBUTAN SAYA?MAKLUM BALAS R1-R5
QRL = FREKUENSI SDG DIGUNAKAN ATAU SIBUK.
QRM = APAKAH ADA GANGGUAN(OLEH PANCARAN LAIN)
QRO = PERLUKAH SAYA TINGKATKAN KUASA PANCARAN?
QRP = PERLUKAH SAYA RENDAHKAN KUASA PANCARAN?
QRT = BERHENTI MEMANCAR
QRU = ADA APA2 MESEJ UTK SAYA ATAU TIADA LAGI MESEJ DR SAYA UTK ANDA ATAU SEKIAN SHJ DR SY.
QRV = ANDA SUDAH BERSEDIA ATAU SAYA SDH BERSEDIA
QRX = BERHENTI SEKETIKA DAN AKAN KEMBALI SEMULA PADA ..........ATAU STANDBY SY AKAN PANGGIL ANDA SEMULA ATAU BILA PULA ANDA AKN MEMANGGIL SY.
QRZ = SIAPA YANG MEMANGGIL SY? ATAU ANDA DIPANGGIL OLEH. 9W2CLH DI 9M4RAC.
QSA = APAKAH KEKUATAN SIGNAL SY? MAKLUM BALAS S1 - S9
QSB = APAKAH SIGNAL SY MENURUN ATAU SIGNAL ANDA MENURUN(MENURUN BERMAKSUD
QSD = PENGHANTARAN/PANCARAN YG BURUK
QSC = ARE YOU A CARGO VESSEL?
QSE = WHAT IS ESTIMATED DRIFT OF THE SURVIVAL CRAFT
QSF = HAVE YOU EFFECTED RESCUE?
QSG = SHALL I SEND...TELEGRAMS AT A TIME?
QSH = ARE YOU ABLE TO HOME ON YOUR DIRECTION-FINDING EQUIPMENT
QSI = I HAVE BEEN UNABLE TO BREAK IN ON YOUR TRANSMISSION.
QSJ = WHAT IS THE CHARGE TO BE COLLECTED TO...INCLUDING YOUR INTERNAL CHARGE?
QSK = CAN YOU HEAR ME BETWEEN YOUR SIGNALS AND IF SO CAN I BREAK IN ON YOUR TRANSMISSION?
QST = CAN YOU ACKNOWLEDGE RECEIPT?
QSM = SHALL I REPEAT THE LAST TELEGRAM WHICH I SENT YOU?
QSN = DID YOU HEAR ME
QSO = CAN YOU COMMUNICATE WITH....DIRECT?
QSP = WILL YOU RELAY TO....FREE OF CHARGE
QSQ = HAVE YOU A DOCTOR ON BOARD
QSR = SHALL I REPEAT THE CALL ON THE CALLING FREQUENCY
QSS = WHAT WORKING  FREQUENCY WILL YOU USE
QSU = SHALL I SEND OR REPLY ON THIS FREQUENCY
QSV = SHALL I SENT A SERIES OF VS ON THIS FREQUENCY
QSW = WILL YOU SENT ON THIS FREQUENCY

Selasa, 30 Januari 2018

FONETIK ANTARA BANGSA YANG DIGUNAKAN DALAM PERKHIDMATAN RADIO AMATUR:

ABJAD DAN CARA PENYEBUTAN:

A = ALFA@AL FAH
B = BRAVO@BRAH VO
C = CHARLIE@CHAR LEE
D = DELTA@DELL TA
E = ECHO@ECK OH
F = FOXTROT@FOKS TROT
G = GOLF@GOLF
H = HOTEL@HOH TEL
I = INDIA@IN DEE AH
J = JULIET@JEW LEE ETT
K = KILO@KEY LOH
L = LIMA@LEE MAH
M = MIKE@MIKE
N = NOVEMBER@ NO VEM BER
O = OSCAR@OSS CAH
P = PAPA@PAH PAH
Q = QUEBEC@KEY BECK
R = ROMEO@ROW ME OH
S = SIERRA@SEE AIR RAH
T = TANGO@TANG GO
U = UNIFORM@YOU NEE FORM
V = VICTOR@VIK TAH
W = WHISKEY@WISS KEY
X = XRAY@EKS RAY
Y = YANGKEE@YANG KEE
Z = ZULU@ZOOLOO

ANGKA DAN PENYEBUTANNNYA:

0 = NADAZERO@NAH DAH ZAY ROH
1 = UNAONE@OO NAH WUN
2 = BISSOTWO@BEES SOH TOO
3 = TERRAHTHREE@TAY RAH TREE
4 = KARTEFOUR@KAR TAY FOWER
5 = PANTAFIVE@PAN TAH FIVE
6 = SOXISIX@SOK SEE SIX
7 = SATTESEVEN@SAY TAY SEVEN
8 = OKTOEIGHT@OK TOH AIT
9 = NOVENINE@NO VAY NINER
DECIMAL POINT = DECIMAL@DAY SEE MAL
FULL STOP = STOP@STOP

SEKIAN 73,
9W2CLH

Selasa, 9 Januari 2018

SELAMAT TAHUN 2018 KEPADA SEMUA RAKAN HAM DISELURUH MALAYSIA.
DIHARAPKAN KEHADIRAN TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA SEGALA KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA JUGA KEHEBATAN BUAT KELAB RADIO KITA.
SEMOGA KELAB BESTRAC SENTIASA MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI YANG TULUS IKHLAS DALAM KOMUNITINYA.SENTIASA MENGEKALKAN PRESTASI BAIK DIKALANGAN KOMUNITI,SILATURRAHIM YANG KIAN ERAT DIKALANGAN AJK DAN JUGA AHLI AHLI KELAB.
SEMOGA KELAB BESTRAC TERUS MEMACU KEGEMILANGAN DI DALAM MASYARAKAT TEMPATAN DAN JUGA SEANTERO .BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA AKAN ROBOH.
BESTRAC SENTIASA DIHATI SETIAP INSAN.
YA ALLAH BERIKANLAH KAMI KEBAIKAN DIDUNIA DAN JUGA AKHIRAT.AMINNN
IKHLAS DARIPADA :

BESTRAC WORRIOR TEAM @ AJK 2016/2018

Isnin, 1 Januari 2018

FAMILY DAY KELAB BESTRAC PADA 26/12/2017@RAJA DAGANG RESORT


AKSI DAN GELAGAT AHLI KELAB DAN KELUARGA MRK MEMERIAHKAN HARI KELUARGA KELAB BESTRAC PADA 26/12/2017 BERTEMPAT DI RAJA DAGANG RESORT,SEMERAK,KELANTAN.ACARA DARI PAGI SAMPAI MALAM....WISH U ALL HAPPY,JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.
TRIMA KASEYYY DATIN SERI....













HADIAH CABUTAN BERTUAH YG MABELOUSSS...

Ahad, 5 November 2017

CONTOH SOALAN RAE

1. Peraturan-peraturan asas Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah
untuk menguruskan stesen radio amatur ada
terdapat di dalam:
a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa
b) Peraturan-peraturan Radio Amatur
Antarabangsa
c) Peraturan-peraturan Spektrum Antarabangsa
d) Akta Radio Amatur Antarabangsa
2. Yang manakah di antara stesen radio amatur
berikut ditakrifkan . sebagai stesenyang
bekerja dengan satelit radio amatur?
a) Stesen satelit radio amatur
b) Stesen bergerak radio amatur
c) Stesen mudahalih radio amatur
d) Stesen bumi radio amatur
3. Tanggungjawab anda sebagai pemegang
lesen radio amatur adalah anda mestilah:
a) membenarkan lain-lain pengendali radio
untuk mengendalikan stesen anda atas
permintaan
b) hadir apabila stesen dikendalikan
c) bertanggungjawab bagi pengendalian stesen
yang betul menurut Peraturan-peraturan
Radiokomunikasi
d) memberitahu Kementerian Tenaga, Air den
Komunikasi sekiranya terdapat lain-lain
amatur yang bertindak sebagai pengendali
stesen anda
4. Stesen radio amatur hanya boleh digunakan
untuk berhubung dengan:
a) lain-lain , stesen radio rangkaian persendirian
b) lain-lain stesen penyiaran
c) lain-lain stesen radio amatur
d) sebuah stesen radio harem

5. Awalan "callsign" bagi penruntukan radas
stesen amatur Kelas A yang menetap di
Sarawak ialah:
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2
6. Bagi tujuan kawal seliaan, dunia ini telah,
dibahagikan oleh Kesatuan Tekomunikasi
Antarabangsa (ITU) kepada wilayah-wilayah
yang setiap satunya diperuntukkan spektrum
radio yang berbeza. Di wilayah manakah
Malaysia diletakkan?
a) Wilayah 1
b) Wilayah 2
c) Wilayah 3
d) Wilayah 4
7. Awalan "callsign" antarabangsa yang
diperuntukan untuk Malaysia bagi semua
stesen yang terdedah kepada hubungan
umum antarabangsa dan lain-lain stesen yang
berkemampuan menyebabkan gangguan
memudaratkan yang melampaui I, sempadan
Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa (lTU) ialah:
a) 9WAA hingga 9WZZ
b) 9MAA hingga 9MZZ
c) 9M0 hingga 9M9
d) pilihan (a) dan (b) di atas
8. Apakah definisi bagi Perkhidmatan Radio
Amatur?
a) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh individu selain dari pemberi
perkhidmatan telekomunikasi
b) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh orang yang bukan
professional
c) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh juruteknik bagi maksud
latihan diri sebagai pengumum radio
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi
maksud latihan diri, interkomunikasi dan
penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh
amatur
9. Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan
Komunikasi dart Multimedia (Spektrum)
2000. berapakah jumlah yuran tahunan bagi
Stesen Pengulang Radio Amatur?
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 30.00
d) RM 120.00
10. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur
adalah sesuatu yang:
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk
dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang
yang tidak melibatkan; diri secara
professional dalarri bidang
radiokomunikasi
c) digunakan secara eksklusif bagi
menyediakan perhubungan dua hala
sehubungan dengan aktiviti-aktiviti
pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) digunakan sebagai keutamaan bagi
perhubungan kecemasan ketika banjir,
gempa bumi dan bencana yang
seumpamanya
11. Sebelum mengendalikan sfesen radio
amatur di dalam kenderaan, anda mestilah:
a) memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan
nombor pendaftaran kenderaan anda yang
telah dipasang dengan kelengkapan radio
amatur
b) memberitahu 5uruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia tentang hasrat anda
itu
c) memiliki penruntukan radas stesen amatur
yang sah
d) memperoleh permit dan "callsign"
tambahan
12. Pengendali radio amatur boleh melakukan
aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya
kecuali:
a) berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) berhubung dengan angkasawan ketika
beredar mengelilingi bumi
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran
kepada orang awam
d) memberi bantuan ketika kecemasan dan
bencana alam dengan menyediakan
perhubungan bilamana perkhidmatan
perhubungan biasa gagal atau tidak dapat
digunakan
13. Takrifkan "Peak Envelope Power":
a) Bermaksud kuasa yang dibekalkan ke
antena oleh penerima radio dalam keadaan
tanpa modulatan
b) Bermaksud kuasa purafa yang dibekalkan
ke talian-talian penghantaran antena oleh
suatu pemancar semasa satu kitar frekuensi
radio pada rabung tertinggi dari sampul
termodulat yang diambil dalam keadaan
kendalian biasa
c) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke
talian-talian penghantaran antena dalam
keadaan tanpa modulatan
d) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke
antena dalam keadaan dimana kuasa
tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada
kehidupan
14. Kuasa keluaran maksima yang dibenarkan
dari
stesen radio amatur Kelas A ialah:
a) 300 Watt PEP
b) 400 Watt PEP
c) 500 Watt PEP
d) 9000 Watt PEP
15. Stesen radio amatur yang dikendalikan dari
tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam
penruntukan radas stesen amafurnya dipanggil:
a) Stesen radio amatur terkhusus
b) Stesen pangkafan
c) Stesen bergerak
d) 5tesen mudahalih
16. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio
amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia
c) Pesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
17. Pemodulatan frekuensi menggunakan suara
diistilahkan sebagai:
a) F1A
b) F3C
c) F2A
d) F3E
18. Apakah umur minima yang dibolehkan bagi
seseorang untuk mengambil Peperiksaan
Radio Amatur di Malaysia?
a) 12 Tahun
b) 14 Tahun
c) 18 Tahun
d) Tiada had umur minima
19. Peraturan 27(1) dari Peraturan-peraturan
Komunikasi dan Multimedia (Standard
Teknik) 2000 menyatakan bahawa:
a) tiada seorang pun boleh memancarkan manamana
bahagian dari spektrum frekuensi
melainkan jika orang itu dilesenkan
b) tiada seorang pun boleh menialankan atau
mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu
bidang kemahiran yang difetapkan melainkan
jika orang itu diperakui
c) tiada seorang pun dibenarkan mengendalikan
sebarang kelengkapan radio amatur
melainkan jika kelengkapan tersebut
diperakui oleh S1RlM
d) tiada seorang pun boleh menjalankan atau
mengendalikan ape-apa kegiatan dalam
perkhidmatan radio amatur melainkan jika
orang itu mampu untuk rrrengendalikan suatu
stesen radio amatur dengan betul
20. Peraturan yang manakah bukan peraturan
subsidiari bagi Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998?
a) Peraturan-peraturan Komunikasi dan
Multimedia (Spektrum) 2000
b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan
Multimedia (Perlesenan) 2000
c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan
Multimedia (Standard Teknik) 2000
d) Perafuran-peraturan Komunikasi dan
Multimedia (Penyiaran) 2000
21. Aturan yang betul bagi pertukaran "callsign"
pada permulaan dan akhiran suatu
penghantaran ialah:
a) "callsign" pihak yang satu lagi diikuti dengan
"callsign" anda
b) "callsign" anda diikuti dengan "callsign"
pihak yang satu lagi
c) "callsign" anda, diulang dua kali
d) "callsign" pihak yang satu lagi, diulang dua
kali
22. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF
atau UHF, anda perlu diam seketika di antara
"over" bagi membolehkan:
a) laluan bagi pesanan penting dan kecemasan
b) stesen lain untuk turut serta dalam "QSO"
c) untuk menyejukkan pengulang
d) Jawapan a) dan b) diatas
23. Dalam suatu perhubungan telefoni, adalah
disarankan agar:
a) bercakap secepat yang mungkin bagi
melegakan frekuensi
b) bercakap sangat perlahan dengan
menggunakan fonetik sekerap yang mungkin
c) menggunakan kod "Q" sekerap yang mungkin
d) bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat

24. Apabila membuat panggitan "CQ" adalah
menjadi amalan baik untuk:
a) menggunakan frekuensi yang sedang
digunakan oleh stesen yang lemah
b) sentiasa menggunakan “CW"
c) hanya memanggil stesen-stesen “DX"
d) mempastikan yang frekuensinya adalah lega
(tidak digunakan) sebelum memulakannya
25. Apa yang harus anda lakukan apabila anda
mendengar dua stesen sedang ber "QSO"?
a) Menyampuk perbualannya tanpa mengetahui
apa yang sedang rnereka perbincangkan
b) Dengar dahulu dan setelah mengetahui intipati
"QSO" tersebut mohonlah untuk, turut
serta dan mulalah bercakap mengenai hal
lain
c) Menyampuk dan mulakan perbincangan
mengenai hal lain
d) Dengar dulu dan sekiranya anda rasa anda
boleh menyumbang kepada "QSO" tersebut,
mohonlah untuk turut serta dan berbuallah
dengan merangsangkan lagi perbincangan
tersebut
26. Maklumat apakah yang kebiasaannya
terkandung di dalam buku log stesen?
a) Tarikh dan masa bagi setiap perhubungan
b) Jalur dan/atau frekuensi bagi setiap
perhubungan
c) "Callsign" bagi stesen yang dihubungi dari
laporan isyarat "RST" yang diberikan
d) Kesemua jawapan yang di atas
27. Kandungan (maklumat) yang direkodkan
dalarn buku log stesen mestilah disimpan
untuk tempoh:
a) sekurang-kurangnya 6 Bulan
b) sekurang-kurangnya 1 7 Tahun
c) sekurang-kurangnya 2 Tahun
d) selama-lamanya
28. Nada standard yang digunakan untuk
pegulang-pengulang radio amatur di Malaysia
ialah:
a) 67.0 Hz
b) 103.5 Hz
c) 203.5 Hz
d) 250.3 Hz
29. Pengulang kebiasaannya beroperasi dalam
mod yang mana:
a) AM
b) FM
c) SSB
d) C W
30. Satelit mengandungi "transponder" yang
menyalurkan semula:
a) hanya isyarat-isyarat "CW"
b) hanya isyarat-isyarat "FM"
c) semua mod modulatan
d) isyarat-isyarat digital sahaja
31. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan
pengulang?
a) Kekalkan "over" singkat bagi membolehkan
pengguna lain mencapainya
b) Kekalkan "over" selama mana yang anda
suka
c) Bincangkan perkara-perkara termasuk politlk,
seks dan agama
d) Mencapai pengulang tersebut tanpa
memberikan "callsign" anda
32. Apabila bekerja dengan Satelit Amatur anda
haruslah:
a) menggunakan kuasa maksima yang
dibenarkan
b) memeriksa antena anda untuk resonan pada
frekuensi yang dipilih
c) menggunakan kuasa yang mencukupi untuk
mengekalkan perhubungan yang boleh
diharapkan
d) menggunakan pernproses ucapan dan jeritlah
untuk penembusan yang lebih besar

33. "QRT" bermaksud:
a) Tutup tamat
b) Berjaga jaga
c) Pemudaran
d) Kuasa rendah
34. Perkataan "CW" adalah singkatan untuk?
a) Kod Morse
b) Panggilan menunggu
c) Gelombang terus-menerus
d) "Carrier Weight"
35. Apakah kod "Q" yang betul bagi "apakah
lokasi anda?"
a) QSY
b) QSP
c) QRP
d) QTH
36. Kod "Q" yang betul bagi "adakah isyarat saya
memudar?" ialah:
a) QSD
b) QSB
c) QRN
d) QRH
37. Salah satu alasan kenapa anda harus
mengelakkan daripada menggunakan ungkapan
selanga atau kombinasi perkataan perkataan bagi
mengenal pasti stesen anda ialah:
a) ianya tidak mudah difahami oleh amatur lain
yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris
b) mereka mungkin menyinggung perasaan
amatur lain yang berbahasa lnggeris
c) mereka tidak memenuhi keperluan pengenalan
SKMM
d) mereka berkemungkinan diterjemahkan
sebagai kod-kod atau tulisan rahsia bertujuan
untuk mengaburkan maksud pengenalan anda

38. Yang mana satukah di antara pilihan berikut
adalah penggunaan salah bagi abjad fonetik
antarabangsa?
a) Alfa
b) Beta
c) Charlie
d) Delta
39. Yang mana satukah di atara pilihan berikut
menggunakan abjad fonetik antarabangsa yang
betul bagi mengeja perkataan "SHIP"?
a) Singapore Hawaii Italy Paris
b) Santiago Honolulu India Paris
c) Sierra Hotel Italy Papa
d) Sierra Hotel India Papa
40. Litar "Squelch" atau bisuan pada alat
penerima VHF adalah untuk:
a) menyekat keluaran audio melainkan jika stesen
itu sedang menerima
b) memampatkan isyarat suara mendatang untuk
membuatkan ianya lebih difahami
c) mengurangkan hingar cetusan audio
disebabkan oleh pancaran kilat
d) mengurangkan hingar pada isyarat mendatang
41. Laporan kebolehbacaan "R2" menandakan:
a) ketidakbolehbacaan
b) hanya boleh dibaca dengan sedikit kesukaran
c) sangat sukar dibaca dan sangat bising
d) boleh dibaca dengan sempurna
42. Laparan isyaraf "5 9 9" diberikan bila isyarat
yang diterima mempunyai:
a) kekuatan isyarat yang lemah dengan nada
"C W" yang baik
b) kekuatan isyarat yang baik tetapi nada "C W"
yang lemah
c) nada "CW yang tidak boleh dibaca sama
sekali
d) isyarat nada yang boleh dibaca sepenuhnya,
kuat dan jelas

43. Laporan "S" dalam kod "RST" diperolehi
daripada:
a) tahap kuasa dari isyarat yang dipancarkan
b) kelajuan pada mana "CW" dihantar
c) tahap gangguan pada jalur
d) bacaan pada penunjuk "meter S" penerima
44. Apa itu pelan jalur?
a) Garispanduan sukarela yang dibangunkan
oleh SKMM yang membolehkan penggunaan
mod -mod pengendalian yang berbeza di
dalam suatu jalur amatur
b) Garispanduan lengkap daripada SKMM
untuk
menentukan jalur frekuensi amafur
c) Satu pelan jadual pengendalian di dalam
jalur amatur yang diterbitkan oleh SKMM
d) Suatu pelan yang difikirkan oleh suatu kelab
sebagai penggunaan terbaik suatu jalur
frekuensi ketika suatu pertandingan
45. Apabila perkhidmatan amatur adalah
pengguna sekunder bagi suatu jalur dimana
perkhidmatan lain adalah merupakan pengguna
utamanya, ini bermakna:
a) tiada makna sama sekali, semua pengguna
mempunyai hak sama rata untuk mengendali
b) pihak amatur mungkin boleh menggunakan
jalur tersebut ketika kecemasan sahaja
c) jalur tersebut mungkin boleh digunakan oleh
amatur dengan syarat mereka tidak
mencetuskan gangguan memudaratkan kepada
pengguna utamanya
d) anda mungkin boleh meningkatkan kuasa
pemancaran untuk rnengatasi sebarang
gangguan yang disebabkan oleh pengguna
utamanya

46. Untuk keselamatan kelengkapan, sebelum
anda menghidupkan kelengkapan radio amatur,
anda haruslah mempastikan yang kelengkapan
tersebut telah disambungkan kepada;
a) suatu unit bekalan kuasa tak diatur
b) suatu antenna atau srtu beban semu
c) suatu bateri yang telah dicas
sepenuhnya
d) Jawapan a) dan b) di atas
47. Yang mana di antara yang berikut adalah cara
terbaik unfuk memasang antenna anda berhubung
dengan talian atas kuasa electric?
a) Sentiasa pastikan wayar antenna anda adalah
lebih tinggi dari talian kuasa dan melintasinya
pada sudut 90 darjah
b) Senitasa pastikan antenna dari talian suapan
anda adalah jelas, bebas dari sebarang talian
kuasa
c) Sentiasa pastikan antenna anda adalah lebih
rendah daripada talian kuasa dan melintasinya
pada sudut yang kecil
d) Hanya menggunakan antenna menegak dalam
lingkungan 100 kaki dari talian kuasa
48. Apakah amalan terbaik untuk melindungi
kelengkapan radio amatur anda daripada disambar
kilat?
a) Menggunakan penebatan berat pada
pendawaiannya
b) Tidak mematikan-kelengkapan tersebut
c) Tanggalkan sistem pembumian daripada
semua
radio
d) Tanggalkan kesemua sambungan talia n kuasa
dan sambungan antena dari kelerigkapan
tersebut

49. Sebagai langkah keselamatan dalam setiap
pemasangan radio adalah menjadi amalan baik:
a) untuk hanya menggunakan perpaipan plastik
bagi pembumian
b) untuk menpgunakan perpaipan logam yang fak
dibumikan
c) tidak membumikan semua bekas logam
d) memasang satu kunci keselamatan utama yang
diketahui oleh semua penghuni rumah
50. Apakah wayar terbaik untuk digunakan bagi
pendawaian kelengkapan radio?
a) Sebarang wayar yang tersedia
b) Sebarang wayar yang berpenebat
c) Wayar yang berpenebat dengan kadaran arus
dan voltan yang bersesuaian
d) Wayar yang tak berpenebat
59. Apakah nama aliran bagi elektron di dalam
suatu litar elektrik?
a) Voltan
b) Rintangan
c) Kemuatan
d) Arus
52. "Potentiometer" adalah merupakan:
a) Meter Volt
b) Perintang boleh ubah
c) Meter pelbagai
d) Meter berkemuatan
53. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui
suatu rintangan bila votfan & Volt dikenakan.
Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere,
anda haruslah:
a) meningkatkan bekalan ke 12 Volt
b) menurunkan bekalan ke 3 Volt
c) menyambungkan satu perintang 12S1 secara
selari dengan rintangan sediada
d) menyambungkan satu perintang 6d2 secara
selari dengan rintangan sediada
54. Bermula dari satu puncak positif, berapa
kalikah suatu gelombang sinus harus melintasi
paksi sifarnya dalam melengkapkan satu kitaran
lengkap?
a) 8 kali
b} 4 kali
c) 2 kali
d) 1 kali
55. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10
mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh
rintangan litar 100 kΩ?
a) 1 Watt
b) 10 Watt
c) 1, 000 Watt
d) 10,000 Watt
56. Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:
a) Tembaga, Emas dan Mika
b) Emas, Perak dan Kayu
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
d) Tembaga, Aluminium dan Kertas
57. Faktor Q bagi Iitar resonan akan menentukan:
a) kerugian bagi litar tersebut
b) nilai kemuatan yang diperlukan untuk resonan
c) nilai kearuhan yang diperlukan untuk resonan
d) nilai bagi arus yang meningkat menerusi
gegelung dan pemuaf ketika resonan
58. Regangan bagi suatu pemuat akan:
a) kekal malar dengan perubahan frekuensi
b) meningkat dengan peningkatan frekuensi
c) menurun dengan peningkatan frekuensi
d) meningkat dengan penurunan frekuensi
59. Jenis litar pengayun yang manakah yang
kebiasaannya digunakan dalam suatu VFO?
a) Pierce dan Zener
b) Colpitts dan Hartley
c) Armstrong dan de Forest
d) Suap balik negatif dan suap balik terimbang

60. Mengapa anda perlu menggunakan iius?
a) Untuk menghasilkan liter pintas apabila
terdapat terlalu banyak arus di dalam liter
b) Untuk menukar arus terus kepada arus ulang
alik
c) Untuk menukar arus ulang alik kepada arus
terus
d) Untuk menghasilkan litar terbuka apabila
terdapat terlalu banyak arus di dalam liter
61. Pemuat dan pengaruh menentang arus ulang
alik. Ini dikenali sebagai:
a) rintangan
b) resonan
c) kealiran
d) regangan
62. Bagaimana anda boleh menentukan kadar
had-terima elektrikal bagi suatu perintang karbon?
a) Dengan menggunakan meter gelombang
b) Dengan menggunakan kod warna perintang
c) Dengan menggunakan teorem "Thevenin"
untuk perintang
d) Dengan menggunakan kod "Baudot"
63. Dimanakah tenaga disimpan di dalam suatu
pemuat yang dicaskan?
a) Voltan yang merintasi terminal-terminalnya
b) Arus yang dikenakan kepada pemuaf
c) Medan elektrik di antara plat-platnya
d) Bentuk kemagnetannya
64. Suatu liter yang terdiri daripada empat diod
yang menghasilkan penerus gelombang penuh
"DC" daripada sebuah pengubah dipanggil:
a) Liter terseimbang
b) Penerus titi
c) Beban semu
d) Pengatur

65, Sebuah litar pelicin menggunakan pengaruh
don pemuat adalah merupakan suatu standard
bagi:
a) Penuras laluan rendah
b) Pengatur voltan
c) Penerus
d) Pembezalayan
66. Diod boleh digunakan di dalam:
a) Penerus bekalan kuasa
b) Pengesan isyarat
c) Meter kekuatan medan
d) Semua yang di alas
67. Untuk membolehkan suatu transistor silikon
mengalir;
a) pemancar tapaknya meslilah oipirr;;ang ke
depan dengan 0. 6 Volt
b) tapaknya mestilah disambungkan ke
pemancarnya
c) pengumpulnya mestitah disambungkan ke
pemancarnya
d) tapak mendulunya mesti dipulusken
68. Kawasan bagi Suatu diod simpang dimana
tiada lubang bebas atau tiada kewujudan elektron
dipanggil,
a) Anod
b) Katod
c) Kawasan susufan
d) Semikonduktor
69. Suatu penguat audio adalah perlu bagi suatu
penerima kerana:
a) isyarat yang meninggalkan pengesan adalah
lemah
b) frekuensi pembawanya mesti diganti
c) isyaratnya memertukan penyahmodulatan
d) Isyarat RF tidak boleh didengari oleh telinga
manusia
70. Suatu penerima dengan kememilihan tinggi
mempunyai:
a) lebar jalur yang lebar
b) julat talaan yang lebar
c) lebar jalur yang sempit

71. Suatu peringkat pada penerima dirnana litar
masukkan dan keluarannya ditala kepada
frekuensi yang diterimanya adalah:
a) Penguat RF
b) Pengayun tempatan
c) Penguat frekuensi audio
d) Pengesan
72. Suatu penerima superheterodinbagi
penerimaan "SSB" mempunyai pengayun sisipan
untuk:
a) menggantikan pembawa tertindas untuk
pengesanan
b) memberhentikan secara beransur-ansur
isyarat
jalur sisi yang tak dikehendaki
c) mengurangkan jalur laluan bagi peringkat IF
d) merentak bersama pembawa yang diterima
untuk menghasilkan jalur sisi yang lain
73. Sebutan heterodin digunakan untuk
menggambarkan:
a) percampuran dua isyarat
b) kebolehtahanan terhadap suhu bagi suatu
peranti
c) keadaan apabila voltan adalah sefasa dengan
arus
d) keadaan bagi resonan
74. Apakah jenis pancaran yang dihasilkan oleh
pemancar telefon radio yang menggunakan
pemodulat terimbang diikuti dengan penuras
laluan jalur 2.5 kHz?
a) PM
b) AM
c) SSB
d) FM
75. Penekanan kekunci suatu pemancar boleh
mengakibatkan percikan pada sesentuh suis
kekunci, oleh itu:
a) hanya litar berkuasa tinggi harus ditekan
kekuncinya
b) hanya pengayun harus difekan kekuncioya c)
hanya antena sahaja yang harus ditekan
kekuncinya
d) ia seharusnya hanya berlaku pada tahap
dimana kuasa atau arus adalah pada
kedudukan minima
76. Litar yang membentuk asas kepada
"synthesizer" frekuensi ialah:
a) Gelung terkunci fasa
b) Kawalan gandaan automatik
c) Pengayun frekuensi rentak
d) Penguat kuasa
77. Penguat kuasa RF di dalam suatu pemancar
biasanya ditala ke:
a) frekuensi pengayun tempatan
b) fekuensi "BFO"
c) frekuensi keluaran pemancar
d) frekuensi modulatan
78. Untuk mengekalkan frekuensi keluaran VCO
yang stabil dari suatu `synthesizer'; voltan
kawalan yang disuapkan ke pengayun mestilah
dihasilkan daripada:
a) suatu diod "varicap"
b) suatu pembanding fasa
c) suatu pengatur voltan tetap
d) suatu pembahagi voltan
79. Apakah itu gelombang elektromagnetik?
a) Arus ulang. alik di dalam teras suatu
elektromagnet
b) Suatu gelombang yang mengandungi dua
medan elektrik pada sudut kanan di antara satu
sama lain
c) Suatu gelombang yang mengandungi satu
medan elektrik dan satu medan magnet pada
sudut kanan di antara satu sama lain
d) Suafu gelombang yang mengandungi dua
medan magnet pada sudut kanan di antara satu
sama lain

80. Perbezaan dalam kekuatan isyarat yang
diterima akibat dari perubahan secara perlahanlahan
dalam perbezaan panjang laluan adalah
dipanggil:
a) Serapan
b) Meluntur
c) Turun-naik
d) Kerugian laluan
81. Jarak langkau adalah istilah yang berkaitan
dengan isyarat yang melalui ionosfera. Kesan
tangkau adalah disebabkan oleh:
a) pemantulan dan biasan dari ionosfera
b) pelunturan terpilih dari isyarat tempafan
c) antena gandaan tinggi yang digunakan
d) penufupan awan tempatan
82. Gelombang elektromagnetik adalah tercipta
oleh:
a) arus RF ulang-alik di dalam suafu anfena
b) solenoid magnet
c) pembesar suara audio
d) voltan DC
83. Apakah itu "balun"?
a) Suatu peranti untuk memadankan suatu falian
tak seimbang bagi membekalkan kuasa ke
suatu
beban seimbang atau sebaliknya
b) Suatu peranfi untukmemada nkan galangan di
antara dua talian sepaksi
c) Suatu peranti yang digunakan untuk
menyambungkan mikrofon kepada pemodulat
seimbang
d) Suatu pengimbanglawan yang digunakan
dengan sistem pemutar azimut atau dongakkan
84. Jika pemancar anda menghantar isyaraf di luar
daripada jalur yang sepatutnya ia pancarkan, ini
dipanggil?
a) Pemancaran luar frekuensi
b) Penyerpihan pemancar
c) Nada sisi
d) Pancaran "Spurious"

85. Jika kestabilan frekuensi bagi
suatu pemancar adatah lemah, ia mungkin '
mengakibafkan:
a) kejutan elektrik
b) pengendalian di luar jalur
c) lesapan pengumpul yang berlebihan
d) kuasa yang berlebi$n akan ditarik daripada
bekalan
86. lnfermodulatan yang disebabkan oleh
penguat "SSB" lelurus adalah akibat daripada:
a) pemacuan lampau bagi aras kuasa penguat
b) frenkuensi pengendalian yang terlampau tinggi
c) herotan harmonik
d) dua frekuensi pemodulatan terjadi pada masa
yang sama
87. Kejituan frekuensi bagi suatu penghantaran
amatur boleh diperiksa menggunakan:
a) suatu meter junam yang peka
b) pengayun penanda hablur rujukan
c) suatu meter SWR
d) suatu meter serapan gelombang
88. Harmonik ganjil pertama dari 145.05 MHz
ialah:
a) 48.35 MHz
b) 290.10 MHz
c) 435.15 MHz
d) 725.25 MHz
89. Suatu antena dipasang dilalukan berhampira n
dan selari dengan suatu talian kuasa "overhead",
ini akan memungkinkan terjadinya:
a) penghasilan gangguan "borne" utama
b) penjanaan harmonik
c) pemodulatan 50 Hz pada semua isyarat
d) kuasa yang kurang berkesan
:

90. Bagi mencegah penyuap kepada suatu antena
daripada memancar, ia seharusnya:
a) sepanjang yang mungkin
b) dipotong pada panjang setepatnya
c) ditapis dan drbumikan
d) dilalukan berhampiran dengan antena
91. Pembumian bagi suatu stesen amatur adaJah
diperlukan untuk:
a) menghasilkan isyarat yang baik
b) meminimumkan voltan-voltan RF yang tidak
dikehendaki pada penyuap dan kelengkapan
c) untuk mancegah kebocoran pembumian utama
d) membolehkan kelengkapan untuk beroperasi
dari punca bateri
92. Tujuan menguruskan keserasian
elektromagnetik (EMC) adalah untuk:
a) mencegah pencemaran spectrum RF
b) menggafakkan penghantaran kuasa tinggi
c) tidak menggalakkan pembangunan radio
amatur
d) menyahpeka penerima-penerima radio
93. Apabila membangunkan suatu stesen radio
amatur buaf kali pertamanya disuatu kawasan
baru, pengendalinya haruslah:
a) menggunakan kuasa maksima untuk menilai
bantahan gangguan daripada jiran-jirannya
b) menilai kemungkinan terjadinya gangguan
terhadap kelengkapan domestiknya
c) hanya menggunakan antena dalaman sahaja
d) hanya beroperasi dengan menggunakan kuasa
bateri sahaja
94. Suatu meter serapan gelombang boleh
digunakan untuk memeriksa:
a) pemodulatan lampau
b) lampau beban penerirna
c) isyarat pinggir jalur
d) membetulkan pemilihan harmonik daripada
litar pendara6
21
Rakan Amatur Sungai Petani Contoh RAE
95. A dip oscillator is a type of:
a) RF signal generator
b) Cathode ray oscilloscope
c) Reflectometer
d) RF wattmeter
96. What is a dummy load?
a) An isotropic radiator
b) A non radiating load for a transmitter
c) An antenna used as a reference for gain
measurements
d) The image of an antenna located below
ground
97. What is the best instrument far cheFking
transmitted signal quality from a telegraphy or
single side band transmitter?
a) An oscilloscope
b) A field strength meter
c) Aside tone monitor
d) A diode probe and an audio amplifier
98. What kind of input signal is used to test the
Peak Envelope Power of an SSB transmitter
while viewing the output with an oscilloscope?
a) Normal speech
b) An audio frequency sine wave
c) Two audio frequency sine waves
d) An audio frequency square wave
99. The source of energy in a transformer shall
'be connected to:
a) the secondary winding
b) the primary winding
c) the core
d) the plates
100.An increase in power from 0.25 Watt to
1.25 Watt is equal to a gain of:
a) 1 dB
b) 3 dB
c) 7 dB
d) 10 dB
95. Pengayun junam adalah sejenis:
a) Penjana isyaraf RF
b) Osiloskop sinar katod
c) Meter pembalik
d) Meter watt RF I
96. Apakah itu beban semu?
a) Suatu penyinar isotrofik
b) Suatu beban tidak menyinar bagi suatu
pemancar
c) Suatu antena yang digunakan sebagai rujukan
bagi pengukuran gandaan
d) lmej bagi suatu antena yang ferletak di bawah
bumi
97. Apakah alatan terbaik untuk memeriksa
kua'lili isyarat yang dipancarkan dari suatu
pemancar telegrafi atau pemancar jalur sisi
tunggal?
a) Osiloskop
b) Meter kekuatan medan
c) Monitor nada sisi
d) Satu kuar diod dan salu penguat audio
98. Apakah jenis isyarat masukan yang perlu
digunakan untuk menguji "Peak Envelope Power"
dari suatu pemancar SSB ketika memerhatikan
keluarannya dengan menggunakan osiloskop?
a) Ucapan biasa
b) Satu frekuensi audio gelombang sinus
c) Dua frekuensi audio gelombang sinus
d) Satu frekuensi audio gelombang segiempat
sama
99. Sumber tenaga bagi sebuah alatubah mestilah
disambungkan kepada:
a) belitan sekundernya
b) belitan primernya
c) pada terasnya
d) pada ptet-pletnya
100. Peningkatan dalam kuasa dari 0.25 Watt ke
1.25 Watt adalah bersamaan dengan gandaan
sebanyak:
a} 1 dB
b) 3 dB
c) 7 dB
d) 10 dB
22
Rakan Amatur Sungai Petani Contoh RAE
23