ABOUT





KELAB RADIO AMATUR UTAMA BESUT@ 
BESUT TOP RADIO AMATUR CLUB( BESTRAC)

Kelab Bestrac merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang berjuang mendukung cita-cita dan aspirasi pengiat-pengiat radio amatur kebangsaan ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dengan berobjektif berikut:

1. Untuk mempromosi dan menggalakkan  kemajuan saintifik, teknikal, praktikal dan eksperimen dalam komunikasi radio amatur serta menerbitkan buletin bulanan mengenai sains radio serta amalan yang berkenaan.

MAKSUD LOGO:

Logo KELAB secara keseluruhan adalah berbentuk "KUNCI" yang membawa maksud Pembuka Saluran Komunikasi dengan didalamnya terdapat perkataan "BEStRAC" yang merupakan singkatan "BESUT TOP RADIO AMATURE CLUB" dalam  bahasa inggeris yang merupakan bahasa pengantar dalam bidang radio amatur. Di dalam huruf "t" terdapat antenna yang bermaksud penerima dan penghantar pancaran dalam radio amatur.


SEJARAH PENUBUHAN BESTRAC

BESTRAC  ditubuh  atas  semangat  bersahabat  di udara  bersalaman  di daratan. Berbekalkan semangat  persaudaraan  radio  amatur, maka satu kesepakatan telah terbina  untuk bernaung  di bawah  satu  bendera  kecil di daerah  terpencil  dengan dipayungi oleh ASTRA yang sememangnya sudah terkenal dalam bidang telekomunikasi ini. Berpandukan kepada tertubuhnya kelab-kelab radio amatur di serata tempat maka rakan-rakan HAM yang terawal di daerah Besut telah mengorak langkah untuk menubuhkan BESTRAC sebagai satu kelab yang sah di sisi peraturan seperti mana yang disyaratkan oleh pihak SKMM.
                Semenjak tahun 2008 lagi rakan HAM 9W2RLL, 9W2BMM dan beberapa rakan lain lagi telah berkecimpung dalam telekomunikasi radio amatur ini. Mereka merupakan pencetus kepada tertubuhnya Kelab Radio Amatur Utama Besut (BESTRAC). Dengan semangat kental peneraju utama ini maka pada tanggal 9 Disember 2009 satu pertemuan santai di bawah pohon ketapang di tengah-tengah bandar Jerteh bersama enam rakan HAM telah membuka satu lembaran baru ke arah penubuhan kelab ini. Bermula detik ini, maka hampir setiap malam pertemuan santai ini berlaku sehingga mesyuarat resmi telah dibuat pada 15 Januari 2010 bertempat di kediaman 9W2ELE. Keputusan mesyuarat
pertama telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Radio Amatur ASTRA Besut. Majlis perasmian Kelab ASTRA Besut telah dirasmikan oleh wakil ASTRA pusat iaitu En. Mazlan Bin Hassan (9W2JCD). Kelab ASTRA Besut ini telah diterajui oleh 9W2RLL. Pada masa itu Kelab ASTRA Besut yang baru ditubuh hanya memiliki wang tabungan sebanyak RM375.00. Maka bermulalah pencarian ahli dan siri penerangan kepada
rakan-rakan yang berminat. Dalam pada itu Repeater kepunyaan kelab ini terletak di
puncak Bukit Bubus. Dengan pelbagai rintangan dan halangan yang dihadapi untuk
mempastikan pancar ulang dapat berfungsi dengan baik, ahli jawatankuasa Kelab ASTRA Besut telah mengorbankan masa tenaga dan wang ringgit untuk penyelenggaraan
repeater berkenaan.
                Setahun berlalu, maka pada tanggal 15 Januari 2011 mesyuarat jawatankuasa penaja untuk menubuhkan Kelab Radio Amatur Utama Besut (BESTRAC) telah diadakan pada jam 9.00 malam di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh. Dengan kehadiran ahli seramai 33 orang telah bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Radio Amatur Utama Besut (BESTRAC) bagi menggantikan Kelab ASTRA Besut. Walau bagaimana pun BESTRAC masih bernaung dengan Kelab ASTRA pusat. Ahli Mesyuarat telah
bersetuju untuk melantik 9W2RLL sebagai pengerusi dan 9W2BMM sebagai setiausaha bagi menerajui kelab BESTRAC. Proses pendaftaran dengan ROS telah dibuat dan telah mendapat kelulusan daripada pihak ROS untuk menggunakan nama BESTRAC.
                Pada tanggal 23 Mac 2012 mesyuarat agung pertama BESTRAC telah diadakan dengan jumlah ahli yang hadir seramai 72 orang. Mesyuarat kali ini telah mengekalkan 9W2RLL sebagai pengerusi BESTRAC. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik Tuan Haji Wan Mohd Naim Shukri Bin Mohd sebagai penasihat BESTRAC. Di bawah kepimpinan 9W2RLL banyak perubahan dan pembangunan kelab telah dibuat. Hubungan rapat dengan pemimpin setempat dan orang perseorangan telah memberi nafas kelegaan untuk mentadbir kelab. Masih meletakkan repeater di puncak Bukit Bubus dengan
pelbagai usaha dan pengorbanan dibuat untuk mempastikan liputan pancaran yang memuaskan dan dapat menarik lebih ramai ahli bersahabat di udara. Banyak aktiviti
kemasyarakatan dan bantuan kecemasan telah disumbangkan oleh BESTRAC. Nama BESTRAC telah mula meniti dari bibir ke bibir dan telah mendapat sanjungan daripada kelab-kelab radio di persekitaran. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menambah bilangan ahli dan mencari dana bagi menampung perbelanjaan penyelenggaraan repeater. Semuanya berjalan lancar dan kelab BESTRAC telah berada pada landasan yang terbaik dengan peranan yang tersendiri dan berupaya duduk sebaris dengan kelab-kelab radio amatur yang lain.
                Kepimpinan BESTRAC berubah lagi pada tahun 2013. Pada mesyuarat agung kali ini 9W2MLP telah dipilih sebagai pengerusi baru. Untuk memantapkan lagi Kelab
BESTRAC, Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk melantik Yang Berbahagia Dato Hj Wan Ahmad Najmudin Bin Mohd sebagai penaung dan 9W2WNE sebagai penasihat. Urusan kelab dan aktiviti berjalan lancar malah dapat ditambah baik dari semasa ke
semasa. Sokongan daripada ahli kian bertambah dan banyak aktiviti kemasyarakatan dan
bantuan dapat dihulurkan.
                Pada Mesyuarat Agung tahun 2014, kepimpinan kelab telah bertukar tangan kepada penama baru. Kali ini 9W2JJG telah diberi kepercayaan untuk memimpin BESTRAC.
Dalam era kepimpinan 9W2JJG banyak pembangunan ke arah memantapkan lagiBESTRAC telah dibuat. Lokasi pancar ulang telah dipindah dari Bukit Bubus ke lokasi baru di Puncak Bukit Tasek. Dengan keupayaan dan kepimpinan 9W2JJG ini, BESTRAC telah mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan orang perseorangan. Ekoran dari itu banyak bantuan kewangan telah diperolehi. Sumbangan yang paling besar ialah dari yang Berbahagia Dato penaung yang telah berusaha mendapatkan sumbangan berjumlah puluhan ribu ringgit sehingga berdiri megah menara untuk ditempat pancar ulang di puncak Bukit Tasek. Banyak aktiviti kemasyarakatan dan juga bantuan kecemasan yang telah disumbangkan oleh BESTRAC kepada masyarakat setempat. Semoga BESTRAC terus gah dipersada amatur.    

BESTRAC Sentiasa Di Hati.


SEJARAH AJK
 KELAB BESTRAC
 

BULETIN BESTRAC 2015




2011
2012
2013
2014
Penaung
-
-
Dato seri Hj Wan Ahmad Najmudin Bin Mohd
Dato Hj Wan Ahmad Najmudin Bin Mohd
Penasihat
-
-
9W2WNE
9W2WNE
Ahli
Kehormat
-
-
9W2RLL
9W2RLL
Pengerusi
9W2RLL
9W2RLL
9W2MLP
9W2JJG
Pen, Pengerusi
9W2MLG
9W2MLG
9W2JJG
9W2MLG
Setiausaha
9W2BMM
9W2MLP
9W2CDV
9W2KXB
Pen.
Setiausaha
9W2IIY
9W2IPG
9W2MWP
9W2IPG
Bendahari
9W2ZMF
9W2ZMF
9W2CZU
9W2IIY
AJK
9W2MLP
9W2IPG
9W2APB
9W2NOB
9W2NTA
9W2LTT
9W2JJG
9W2IIY
9W2APB
9W2AJT
9W2NTA
9W2ANC

9W2PME
9W2AJT
9W2APB
9W2EAY
9W2IIY
9W2IPG
9W2ANC
9W2ALO
9W2AJT
9W2ANC
9W2MWP
9W2LHB
9W2GDJ
9W2CZU
Pemeriksa
kira-kira
9W2DZB
9W2DZB
9W2NSO
9W2LHB
9W2ILO
9W2SHY
9W2CLH

MATLAMAT PENUBUHAN BESTRAC

Kelab adalah sebuah pertubuhan sukarela yang berjuang mendukung cita-cita dan aspirasi pengiat-pengiat radio amatur kebangsaan ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dengan berobjektif berikut:

· Untuk mempromosi dan menggalakkan kemajuan saintifik, teknikal, pratikal dan eksperimen dalam komunikasi radio amatur serta menerbitkan buletin bulanan mengenai sains radio serta amalan yang berkenaan.

· Untuk membimbing dan memberi panduan ke arah meningkatkan  kefahaman, kemajuan, pengenalan dan memperbaiki pengetahuan bidang  rekreasi dan perkhidmatan radio amatur.

· Untuk memudahkan pertukaran informasi dan idea dengan menjalin hubungan muhibah dan persafahaman bersama pengendali-pengendali radio amatur dari negara-negara sahabat.

· Untuk menghulur dan menyumbang kerjasama sebarang perkhidmatan bantuan  komunikasi radio yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan orang  ramai di masa-masa kecemasan, darurat dan penting, dalam dan luar negeri.

· Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli-ahli kelab serta menggalakkan minat orang ramai dalam bidang sains radio amatur.

· Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga serta menjalankan kegiatan atau aktiviti yang tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara bagi mencapai matlamat kelab khasnya dalam bidang pembangunan sains radio amatur untuk negara.

· Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh kelab ini hasil dari penyertaanya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau                 bonus kepada sebarang ahli kelab, sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab ini.

· Berusaha menyediakan peralatan, rumah kelab, bengkel dan segala kemudahan dengan menggunakannya dan menjaga harta tersebut untuk digunakan oleh ahli.

· Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

· Mengadakan perhubungan kerjasama dengan lain-lain persatuan dan kelab yang sah dalam menjalankan kegiatan bersama.

· Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amatur.


 



Rekabentuk:      Lambang KELAB secara keseluruhan adalah berbentuk “KUNCI” yang membawa maksub
Pembuka Saluran Komunikasi dengan di dalamnya terdapat perkataan “BEStRAC” yang merupakan
singkatan “BESUT TOP RADIO AMATEUR CLUB”  dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantar dalam bidang radio amatur. Di dalam huruf “t” terdapat antenna yang bermaksub penerimaan dan pehantar pancaran
dalam radio amatur. Kotak-kotak bermaksub ramainya ahli dan bersatu-padu. Manakala tulisan jawi membawa
maksud lokasi Tanah Melayu.



Keterangan:       Warna Biru melambangkan perpaduan antara ahli yang berbilang bangsa dan kaum. Warna Kuning bermaksud kesetian pada KELAB dan pemerintahan beraja. Warna Merah melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan ahli KELAB menghadapi pelbagai cabaran. Warna Hitam melambangkan keputusan yang muktamad untuk kebaikan ahli dan keseluhuran KELAB dalam mengembangkan bidang radio amator kepada orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan