MEMBER

SENARAI AHLI BESTRAC 2016. 


SENARAI AJK BESTRAC 2016/2018


PENAUNG : 



YDH CP DATO' SERI WAN AHMAD NAJMUDDIN BIN MOHD


PENASIHAT : TN HJ WAN NAIM BIN MOHD( 9W2WNE)





1.PENGERUSI -- 9W2JJG (JUSOH BIN MD DELI)
2.TIMBALAN PENGERUSI - 9W2BXS (CHE SEMAN BIN AWANG )
3.SETIAUSAHA - 9W2FPN (CHE MOHD FIRDAUS BIN CHE LONG )
4.PEN.SETIA USAHA - 9W2KSF (SITI ZUBAIDAH BT ISMAIL)
5.BENDAHARI - 9W2MLP (TN HJ MAZLAN BIN TALIB)

AJK:

6.9W2CLH (RAMLAH BT MAMAT)
7.9W2MJO (MUHAMMAD BIN SALLEH)
8.9W2ANC (HASNAH BT ABDULLAH)
9.9W2LHB (ROSELI BIN MD.NOOR)
10.9W2RQR (MOHD FADHILAH BIN SA'AMAH)
11.9W2AMP ( SHAHRIL AHMAD  BIN MOHD RADZI )
12.9W2SJK (SAMSURI BIN HUSSIN)
13.9W2GDJ ( GHAZALI BIN CHE NOH)
14.9W2FOF (MOHD FUZI BIN LATEH )

PEMERIKSA KIRA-KIRA
15.9W2APB
16.9W2CZU





BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI
RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang lulus exam RAE .Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.
Peruntukan Call Sign di Malaysia adalah seperti berikut :
Semenanjung Malaysia -
Kelas A - 9 M 2 x x x
Kelas B - 9 W 2 x x x
Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x x
Kelas B - 9 W 6 x x x
Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x x
Kelas B - 9 W 8 x x x

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk kelayakan , pemohon mestilah :
1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B.
Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab.

YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :

Kelas Yuran Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM 60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN 

Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :

1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ).
2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )

Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;

1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi.

2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single sideband.

3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.

4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.

Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.

UJIAN KOD MORSE ( CW TEST )

Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.

1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.

Calun mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00

2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00

Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.

HAD KELAYAKAN UMUR

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun.

SESIAPA YANG BERMINAT  MENJADI  SEORANG RAKAN AMATUR BOLEH MENDAPATKAN BORANG KEAHLIAN DARIPADA MANA-MANA AJK KELAB BESTRAC ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN PENGERUSI BIRO KEAHLIAN EN.MUHAMMAD BIN SALLEH (9W2MJO) DITALIAN ATAU WASAP 018-3645366.
KEAHLIAN KELAB BESTRAC:
¨ YURAN PENDAFTARAN:
AHLI BIASA RM20
AHLI REMAJA RM10
¨ YURAN TAHUNAN
AHLI BIASA RM30
AHLI REMAJA RM20
UNTUK MENDAPATKAN LESEN  PENGENDALIAN RADIO AMATUR ATAU CALLSIGN ANDA PERLU LULUS PEPERIKSAAN RAE YG DIJALANKAN SETIAP TAHUN OLEH  KEM.KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA. YURAN EXAM RM50 SHJ DAPATKAN MAKLUMAT DARI BESTRAC.

#BESTRAC—Sentiasa Dihati

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan